Khamis, 3 Mac 2016

PETUA: Daun Pandan Ubat Kelemumur


Zaman sekarang pelbagai ubat dan syampu untuk menghilangkan kelemumur di kepala. Sebenarnya dalam perubatan tradisional juga terdapat bermacam-macam cara untuk merawat masalah ini. Salah satu caranya ialah menggunakan daun pandan.

       Caranya cari kira-kira 10 lembar daun pandan yang sudah matang (berwarna hijau gelap). Tumbuk atau kisar hingga halus dengan ditambah air 2 gelas. Sebelum menggunakannya tapis menggunakan penapis kain. Dan terus boleh menggunakannya dengan sapu rata di kepala dan biar kira-kira 1-2 minit, kemudian dibilas dengan air bersih. Insyaallah kelemumur hilang dan rambut berbau harum.

Selasa, 1 Mac 2016

JENIS-JENIS VITAMIN DAN FUNGSI

    Vitamin diperlukan bagi manusia dan haiwan supaya tubuh menjadi normal dan berfungsi dengan baik. Vitamin tidak menyumbang tenaga, ia terlibat dalam aktiviti metabolisme tubuh badan. Kekurangan vitamin dalam tubuh badan menyebabkan badan mudah diserang penyakit. Terdapat lebih kurang 15 sebatian dikelaskan sebagai vitamin dan 15 lagi berkemungkinan sebagai vitamin. Ia digolongkan kepada dua sifat seperti berikut:



     Faktor P.P bermakna faktor Penghalang Pelagra yang wujud sebagai asid nikotinik(niasin) atau nikotinamid. Pelagra ialah penyakit yang serius dalam populasi yang terlalu banyak makan jagung. Penghidapnya akan mengalami kulit kasar. Ia juga menyebabkan radang usus dan lidah, sistem saraf tidak berfungsi hingga menjadi lumpuh, kulit menjadi tebal, hitam, kasar dan berkudis. Keadaan ini merupakan antara penyakit yang paling serius disebabkan kekurangan vitamin. Makanan yang mengandungi banyak asid nikotinik ialah bijirin yang tidak kilat, ragi, dan beberapa jenis hasil daripada haiwan seperti hati, ginjal, susu dan telur.




 


Vitamin A[1]
Sejenis alkohol yang dihasilkan memalui penghuraian karotinoid dalam hati. Beta-karotena pula menghasilkan lebih dua kali ganda vitamin A berbanding dengan Alfa-karotena dan Gama-karotena.

Fungsi
Bersifat antioksidan yang boleh mengelakkan kanser tertentu. Kekurangannya menyebabkan kulit kering, kasar dan keras, mata menjadi buta, sakit kerongkong, perut dan radang usus, kecacatan tulang, degradasi saraf dan rabun malam.

Sumber
Salad, selada air, lobak merah, kacang pea, buah-buahan dan sayuran berwarna merah dan jingga.


Vitamin B[1]
Dikenali juga sebagai aneurina atau tiamina.

Fungsi
Penting dalam metabolisme karbohidrat. Kekurangannya menyebabkan penyakit beri-beri, degupan jantung perlahan dan penyakit tertentu dalam perut dan usus.

Sumber
Selada air, ubi kentang, anggur dan bijirin yang tidak dikilatkan.



Vitamin B[2]
Dikenali juga sebagai riboflavin.

Fungsi
Penting dalam metabolisme tisu. Kekurangannya menyebabkan kulit pada hidung dan telinga lekang keluar seperti sisik ikan, bahagian tepi bibir retak, bibir terlalu merah yang luar biasa, mata seperti luka, pertumbuhan terencat dan rambut gugur.

Sumber
Buah-buahan dan sayuran hijau.





Vitamin B[6]
Juga dikenali sebagai piridoksina.

Fungsi
Terlibat dalam fungsi otak, penghasilan antibiotik, pembentukan sel merah darah dan membantu pembebasan tenaga daripada protien.

Sumber
Bijirin yang tidak dikilatkan, ragi, pisang, labu dan limau.



Vitamin B[12]
Dikenali juga sebagai kobalamin.

Fungsi
Menghasilkan sel merah darah, membantu pertahanan sistem saraf dan perlu bagi pembahagian sel. Ia bermanfaat bagi orang yang kekurangan darah.

Sumber
Kebanyakannya dari sumber haiwan seperti kerang, hati, telur. Tetapi terdapat juga dari sumber tumbuhan seperti kacang soya, kelapa, badam dan bijirin.



Vitamin C
Juga dikenali sebagai asid askorbik

Fungsi
Kesihatan kulit, gigi, gusi dan penyembuhan luka, Kekurangannya menyebabkan penyakit skurvi, masalah gusi dan gigi serta luka tidak sembuh dengan sempurna.

Sumber
Buah ros, kismis, sayuran hijau dan buah-buahan berwarna merah dan jingga.



Vitamin D

Fungsi
Mengawal penyerapan fosfat dan kalsium daripada usus. Kekurangannya melemahkan tulang dan gigi berlubang.

Sumber
Alfalfa, cendawan, biji koko, Kebanyakannya dari sumber haiwan seperti susu dan telur.





Vitamin E
Juga dikenali sebagai tokoferol

Fungsi
Kekurangan kepada wanita akan mengganggu fungsi plasenta (memudaratkan janin). Kekurangannya kepada lelaki mengurangkan bilangan sperma dalam air mani.
** Kekurangan vitamin E dan A menyebankan risiko kemandulan.

Sumber
Embrio gandum, salad, selada air, minyak sawit, minyak kelapa, sayuran dan buah-buahan berwarna hijau, merah dan jingga.




Vitamin K dan K[2]
Juga dikenali sebagai derivatif naptakvinon

Fungsi
Kekurangannya menyebabkan kekurangan darah, pendarahan dan darah kekurangan daya beku.

Sumber
Sayuran dan buah-buahan hijau serta tomato.



Vitamin P
Dikenali sebagai sitrin

Fungsi
Menyembuhkan pendarahan jenis tertentu dalam kapilari.

Sumber
Buah-buahan.




Sumber rujukan: Sayuran khasiat makanan & ubatan

Isnin, 29 Februari 2016

PEGAGA

Pegaga ada yang panggil daun kaki kuda, nama botani Centella Asiatica (L.) URB. Tumbuh diseluruh kawasan tropika. Tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan, dari kawasan tanah pamah hingga ke tanah tinggi dimana menerima pancaran cahaya matahari terbuka.

        Untuk menanam pegaga tidak sukar kerana ia boleh tumbuh atas kebanyakan jenis tanah dan akarnya tidak menembusi tanah terlalu jauh ke dalam. Tanah yang kaya dengan nutrien dan mempunyai bekalan air yang cukup akan memberikan hasil yang lebih baik, daun yang besar dan tangkai yang panjang serta warna daun yang cantik. Pegaga kurang menghadapi masalah penyakit atau perosak yang serius.


 

          Kajian menunjukan pegaga mempunyai sifat antibakteria, antigelisah, antikesuburan, antikulat, antiradang, antimitosis, insektisid, melegakan aktiviti sistem saraf pusat, panas badan, ketegangan otot, penawar kekejangan dan membuat perjalanan darah lebih baik dan lancar. Untuk merawat alahan ambil secekak daun pegaga, basuh bersih, rebus seluruh pokok dari daun hingga ke akar dan minum air rebusan. Pegaga juga digunakan sebagai antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, merawat kecing tidak lawas, merangsang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit kerongkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser dan menurunkan tekanan darah tinggi.



        Boleh dibuat ulam, dimasukan dalam lauk seperti gulai lemak atau dibuat kerabu dan sesuai juga dibuat jus sebagai tonik yang menyegarkan badan. Ada mengatakan amalan kerap memakan pegaga menjadikan awet muda dan tubuh badan tidak gemuk.

Sabtu, 27 Februari 2016

Pembuka Kata

Salam sejahtera.

Blog ini mengenai perkembangan projek "herba setiap rumah". Seeloknya setiap rumah misti mempunyai taman herba atau sekurang-kurangnya 3 atau 5 set tumbuhan herba untuk kegunaan harian dalam masakan atau untuk kegunaan perubatan. Seperti datuk nenek kita dahulu mereka tidak pernah meninggalkan herba dan mereka menikmati tubuh badan yang sihat dan tahan penyakit. Herba yang mereka tanam hanya ada di sekitar kawasan rumah sahaja, pendek kata buka tingkap hulur tangan saja. Jadi apasalahnya kita mengikut kembali apa yang mereka amalkan iaitu "tanam, makan dan sihat".
     

         Saya pernah terbaca dalam kitab perubatan lama ada menyatakan tumbuhan atau hasil makanan dari kawasan tempat tinggal lebih baik untuk kesihatan badan berbanding yang diambil dari luar kawasan tempat tinggal kita, dan jaraknya paling jauh dari kawasan tempat tingal kita sekurang-kurangnya sejauh satu hari perjalanan, kerana tumbuhan yang tumbuh di kawasan tempat tinggal kita mempunyai daya tahan penyakit untuk kawasan yang tumbuhan tersebut tumbuh. Sebagai contoh buah epal yang tumbuh di Washington mampu mencegah sesetengah penyakit di kawasan Washington tapi tidak di Malaysia kerana kedaan sekelilingnya dan jenis penyakit ketika itu berbeza. Ini berdasarkan teori dalam kitab lama tersebut mungkin ada kebenaranya. Jadi kita sama-sama membudayakan tanam herba sendiri untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga.
 

        Saya akan cuba mengumpul juga teknik-teknik untuk menghasilkan ubat-ubatan dari herba, bukan sekadar tanam untuk buat ulam dalam menu makanan harian. Seperti yang kita lihat sekarang banyak penyakit dirawat menggunakan ubat-ubatan sintetik, bukan bermaksud menolak ubat moden, tetapi jika ubatan herba yang kita hasilkan itu mampu merawat penyakit tersebut itu lebih baik kita gunakan kerana ia lebih selamat. Dari pengalaman kita lalui banyak yang kita lihat pengambilan ubat sintetik membawa kesan sampingan bukan sekarang tetapi 5 hingga 10 tahun selepas itu.

       Saya harap pembaca blog ini dapat mengambil manfaat dari apa yang saya sampaikan dan sama-sama dapat berkogsi maklumat untuk kebaikan bersama.