Sabtu, 27 Februari 2016

Pembuka Kata

Salam sejahtera.

Blog ini mengenai perkembangan projek "herba setiap rumah". Seeloknya setiap rumah misti mempunyai taman herba atau sekurang-kurangnya 3 atau 5 set tumbuhan herba untuk kegunaan harian dalam masakan atau untuk kegunaan perubatan. Seperti datuk nenek kita dahulu mereka tidak pernah meninggalkan herba dan mereka menikmati tubuh badan yang sihat dan tahan penyakit. Herba yang mereka tanam hanya ada di sekitar kawasan rumah sahaja, pendek kata buka tingkap hulur tangan saja. Jadi apasalahnya kita mengikut kembali apa yang mereka amalkan iaitu "tanam, makan dan sihat".
     

         Saya pernah terbaca dalam kitab perubatan lama ada menyatakan tumbuhan atau hasil makanan dari kawasan tempat tinggal lebih baik untuk kesihatan badan berbanding yang diambil dari luar kawasan tempat tinggal kita, dan jaraknya paling jauh dari kawasan tempat tingal kita sekurang-kurangnya sejauh satu hari perjalanan, kerana tumbuhan yang tumbuh di kawasan tempat tinggal kita mempunyai daya tahan penyakit untuk kawasan yang tumbuhan tersebut tumbuh. Sebagai contoh buah epal yang tumbuh di Washington mampu mencegah sesetengah penyakit di kawasan Washington tapi tidak di Malaysia kerana kedaan sekelilingnya dan jenis penyakit ketika itu berbeza. Ini berdasarkan teori dalam kitab lama tersebut mungkin ada kebenaranya. Jadi kita sama-sama membudayakan tanam herba sendiri untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga.
 

        Saya akan cuba mengumpul juga teknik-teknik untuk menghasilkan ubat-ubatan dari herba, bukan sekadar tanam untuk buat ulam dalam menu makanan harian. Seperti yang kita lihat sekarang banyak penyakit dirawat menggunakan ubat-ubatan sintetik, bukan bermaksud menolak ubat moden, tetapi jika ubatan herba yang kita hasilkan itu mampu merawat penyakit tersebut itu lebih baik kita gunakan kerana ia lebih selamat. Dari pengalaman kita lalui banyak yang kita lihat pengambilan ubat sintetik membawa kesan sampingan bukan sekarang tetapi 5 hingga 10 tahun selepas itu.

       Saya harap pembaca blog ini dapat mengambil manfaat dari apa yang saya sampaikan dan sama-sama dapat berkogsi maklumat untuk kebaikan bersama.