Pegaga ada yang panggil daun kaki kuda, nama botani Centella Asiatica (L.) URB. Tumbuh diseluruh kawasan tropika. Tumbuh melata di padang rumput, kebun, ladang, tepi jalan, dari kawasan tanah pamah hingga ke tanah tinggi dimana menerima pancaran cahaya matahari terbuka.
Untuk menanam pegaga tidak sukar kerana ia boleh tumbuh atas kebanyakan jenis tanah dan akarnya tidak menembusi tanah terlalu jauh ke dalam. Tanah yang kaya dengan nutrien dan mempunyai bekalan air yang cukup akan memberikan hasil yang lebih baik, daun yang besar dan tangkai yang panjang serta warna daun yang cantik. Pegaga kurang menghadapi masalah penyakit atau perosak yang serius.
Kajian menunjukan pegaga mempunyai sifat antibakteria, antigelisah, antikesuburan, antikulat, antiradang, antimitosis, insektisid, melegakan aktiviti sistem saraf pusat, panas badan, ketegangan otot, penawar kekejangan dan membuat perjalanan darah lebih baik dan lancar. Untuk merawat alahan ambil secekak daun pegaga, basuh bersih, rebus seluruh pokok dari daun hingga ke akar dan minum air rebusan. Pegaga juga digunakan sebagai antikanser, menghentikan pendarahan dan menyembuhkan luka, merawat kecing tidak lawas, merangsang peredaran darah, merawat cirit-birit, merawat sakit kerongkong, penawar kencing berdarah, penawar batu karang, penawar demam panas, penawar ulser dan menurunkan tekanan darah tinggi.
Boleh dibuat ulam, dimasukan dalam lauk seperti gulai lemak atau dibuat kerabu dan sesuai juga dibuat jus sebagai tonik yang menyegarkan badan. Ada mengatakan amalan kerap memakan pegaga menjadikan awet muda dan tubuh badan tidak gemuk.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan