Setiap rumah harus memiliki herba untuk kegunaan sendiri dan ahli keluarga untuk merawat dan mencegah penyakit.
Khamis, 3 Mac 2016
PETUA: Daun Pandan Ubat Kelemumur
Zaman sekarang pelbagai ubat dan syampu untuk menghilangkan kelemumur di kepala. Sebenarnya dalam perubatan tradisional juga terdapat bermacam-macam cara untuk merawat masalah ini. Salah satu caranya ialah menggunakan daun pandan.
Caranya cari kira-kira 10 lembar daun pandan yang sudah matang (berwarna hijau gelap). Tumbuk atau kisar hingga halus dengan ditambah air 2 gelas. Sebelum menggunakannya tapis menggunakan penapis kain. Dan terus boleh menggunakannya dengan sapu rata di kepala dan biar kira-kira 1-2 minit, kemudian dibilas dengan air bersih. Insyaallah kelemumur hilang dan rambut berbau harum.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan